Raja Adsense

Archive for the ‘Soalan’ Category

Apakah MFA,Adsense Arbitrage,Smart Pricing dan Google Slap?

Wednesday, March 26th, 2008 |

Ada orang yang bertanya kepada saya pada post sebelum ini tentang semua istilah tersebut. Semua istilah tersebut berkaitan dengan Adsense dan Adwords. Saya huraikan satu persatu…

MFA
Ia bermaksud made for adsense. Ia adalah istilah khas bagi laman web yang dibina khas untuk adsense semata mata. Apa yang ada dipenuhi dengan kod adsense. Jadi disebabkan ia khas untuk adsense. Jadi klik pun kat adsense jela. Mereka yang buat ni adalah mereka yang sangat bergantung kepada adsense untuk mendapat duit.Mereka biasanya memfokuskan pada High Paying Keyword(HPK).

Adsense Arbitrage
Ia adalah teknik mengunakan PPC(pay per click) untuk MFA site. Jadi gunakan trafik daripada PPC untuk dapatkan klik pada Adsense.Mereka gunakan HPK, jadi klik pada Adsense lebih menguntungkan berbanding kos yang mereka keluarkan pada PPC. Ebook F2R milik ringgithit adalah mengunakan teknik ini…Beliau gunakan Yahoo Search Marketing(YSM) untuk menjana trafik ke laman web adsense.

Smart Pricing
Ini pula yang Google lakukan bagi mengatasi Adsense Arbitrage. Apa bila ia mengesan teknik ini, ia akan menurunkan nilai keyword  per klik yang  dapat dalam Adsense. Mereka mungkin hanya dapat 1 sen bagi keyword yang bernilai USD40.Apabila sesuatu laman web dikenakan smart pricing. Pendapatan adsense nya akan menurun mendadak sehingga ia boleh mencapai 1% ke 10% je daripada apa yang patut  publisher tu dapat.Kesan smart pricing akan dirasai selama beberapa minggu sehinggalah Google menilai kembali laman tersebut.Ia juga boleh dikenakan smart pricing selama lamanya…huhuhu

Google Slap
Istilah ini muncul apabila Google membuat polisi baru bagi melarang Adsense Arbitrage dilakukan di Google Adwords. Ini adalah kerana PPC Adwords menjana banyak traffik. Dahulunya ia menjadi sasaran untuk MFA site mengunakan kaedah Arbitrage. Sesiapa yang membuat Arbitrage dengan Adwords akan terkena apabila Google akan menukar CPC(cost per click) bagi setiap klik daripada 1 sen kepada USD10. Jadi mereka yang membuat Adsense Arbitrage dengan Google Adwords mengalami kerugian yang besar. Mereka terkena Google Slap(tamparan google) dan juga smart pricing.

Google juga telah menambah polisi dimana mereka yang membuat adsense Arbitrage di Google Adwords akan diban daripada program Google Adsense. Jadi mereka akan diban buat selamanya daripada program Google Adsense. Jadi ramai la yang dulu pendapatan beribu ribu dengan Adsense telah menjadi beratus ratus je.

Ini adalah kerana ramai yang terkena smart pricing dan sebagainya. Sebab itulah keluarnya Death of Adsense dulu…Ia mengemparkan seluruh dunia sehinggakan teknik pemasaran yang digunakan telah ditiru oleh ramai pakar dan jutawan internet. Scott Boulch kalo tak silap namanya.

Jadi itulah serba sedikit penerangan tentang istilah berkenaan. Senang je nak paham..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Bagaimana untuk mendapat ranking di Google?

Thursday, February 14th, 2008 |

Ini adalah soalan yang saya terima pada email saya sekejap tadi. Saya rasa elok ia dikongsikan bersama.

Assalamualaikum rajaadsense,
1. Blog sy telah di index oleh google cuma belum di ranked lagi. Boleh tak sy membuat beberapa tambahan atau perubahan utk blog sy semasa blog tersebut sudah di indexed cuma belum di rank oleh google. Adakah penambahan yang dibuat akan menyebabkan blog sy lambat utk di rank oleh google?

2. Berdasarkan pengalaman rajaadsense, adakah terdapat kaedah lain utk blog disenaraikan dgn cepat oleh setiap search engine?

Harap mendapat tunjuk ajar dari rajaadsense. TQ.

Saya akan cuba jawab disini. Harap ia memberi manfaat. Daripadanya penyataan diatas, blo beliau telah di indexed atau telah tersenarai di Google, cuma kedudukannya tidak ada lagi la(ranked). Kedua dua soalan adalah hampir sama je sebenarnya.

Penyelesaiannya ialah:

  1. Update sentiasa blog anda. Ini adalah kerana rank biasanya berdasarkan tajuk post anda. Jadi buat post tentang apa yang anda inginkan. Contohnya saya ingin blog saya di”rank” dengan keyword ” memelihara ikan keli” jadi saya membuat post dengan tajuk yang sama. Ia berjaya!
  2. Jangan bersaing dengan keyword yang terlalu “famous” dan banyak persaingan. Anda tidak akan berjaya jika ingin bersaing dengan blog yang lama dengan keyword kesukaan ramai.
  3. Nama domain yang berkaitan.Ia memainkan peranan penting dalam SEO.Contohnya anda nak buat blog tentang memelihara ikan keli, jadi guna domain ikankeli.com.:)
  4. Blogging for fun! Jangan terlalu memikirkan sangat kenapa tak index, xde orang komen @ sebagainya. Jadikan blog sebagai teman anda. Jangan terlalu memikirkan cara untuk monetized blog. Duit akan datang sendiri setelah anda buatnya dengan seronok.
  5. Konsisten. Update blog secara konsisten dan kandungannya juga konsisten. Jangan ubah tema blog anda. Jadi pakar dalam bidang berkenaan.
  6. Link building atau membina link ke blog anda.Caranya dengan submit ke link directory, komen kat blog orang, link exchange dan sebagainya.

Ini adalah penyelesaian bagi soalan diatas. Diharap ia membantu orang lain juga yang mengalami masalah yang sama.Saya juga penanya pun membaca blog ini ini. Jadi tak perlu la saya reply email beliau.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan