Archive for the ‘Strategi’ Category
Thursday, October 25th, 2007 |
Pada suatu hari, Ali telah berjaya menulis 1 ebook yang sangat bagus iaitu “Resepi sengkek selepas raya”. namun setelah segala telah siap, Ali pun terfikir “Eish..Berapa hinggit aku nak letak harga ebook ni ek? Aku letak mahal tak laku pulak. Kalo aku letak murah rasa rugi pulak.” Ali fikirkan harga sehingga 2,3 hari sehingga tidak tidur malam.Akhirnya ebook beliau tidak dilancarkan akibat terlalu banyak berfikir pasal harga ebook beliau dan dimasukkan ke Hospital Tanjung Rambutan.
Hehehe..Trajik sungguh cerita tu.Tu bukan cerita betul tau. Cerita ce”kera “rama je tu.Tidak berkaitan dengan mereka yang masih hudup atau yang telah arwah.
Begitu susah nak tentukan harga ye? Saya tulis sebab tertarik dengan artikel Zul pasal harga ebook(trackback skit).:p.
Sebenarnya ada beberapa penyelesaian untuk masalah harga ini. Saya cuba untuk terangkan skit cara yang saya gunakan. Ia sebenarnya tidak sesukar mana. Sebab utama orang asyik berfikir, “laku ke aku letak harga ni”,”mahal ke ebook aku ni” & banyak lagi fikiran negatif yang melanda botak otak penulis ebook.
Penyelesaian saya:
- Letak la berapa pun.
Kalo produk anda bagus, orang tetap akan beli walaupun anda letak RM300 sekalipun. Namun anda perlu tentukan samada anda mahukan kuantiti atau kualiti? Kalo nak kuantiti, letak murah. Kalo nak kualiti, letak mahal. Biasanya yang bayar mahal akan berusaha lebih untuk mencapai apa yang anda cuba sampaikan.
- Buat Pakej
Ini cara saya guna. Walaupun mahal, masih ada yang beli. Kesimpulannya, beri pilihan kepada bakal pembeli untuk memilih pakej pilihan mereka. Walaupun mahal, berikan sebab untuk pembeli anda memilih untuk membeli yang paling mahal. Kebiasanya mereka akan membeli produk yang paling mahal jika anda buat secara pakej. Contoh terbaik ialah Ebook Buat Duit dengan SMS daripada Irwan Dahnil. Menurut beliau pakej paling mahal paling mendapat sambutan.
- Ikut Harga Pasaran
Ini adalah jika anda menjual produk PLR,MRR,RR dan sebagainya. Anda boleh ikut harga pasaran produk berkenaan. Seeloknya jangan letak terlalu murah kerana ia akan menjatuhkan nilai ebook berkenaan. Takkan anda nak jual dengan harga RM1. Orang akan menganggap ia produk yang tidak berkualiti pulak nanti.
- Situasi Semasa
Ia adalah situasi semasa harga ebook yang ada di pasaran. Pasaran ebook di Malaysia biasanya berharga dari RM20 ke RM100. Itu adalah kebiasaannya la. Ada yang lebih tinggi tetapi jumlahnya masih kurang. Kebanyakannya berharga RM50 iaitu harga pertengahan.
- Buat Formula
Ia untuk mereka yang suka berkira. Harga ebook ditentukan dengan formula tertentu. Mereka mengira setiap kerja yang dibuat didarab,dibahagi,ditambah dan ditolak maka terhasil la harga ebook berkenaan. Boleh jadi Einstein ni.:P
Tu ada 5 cara yang boleh anda gunakan. Pilih la cara mana sekalipun.Ia dapat menghasilkan harga ebook anda tersebut. Senang je bukan.
Selamat Menulis Ebook!
p/s: Dapatkan ebook Rahsia Penulis Ebook di http://www.penulisebook.com . Semoga anda berjaya menulis dan buat duit dari ebook anda.
p/p/s: Takde orang nak buat ebook pasal ikan keli ke? Hit tertinggi ke blog ini berkenaan ikan keli. Ramai betul orang cari maklumat pasal ikan keli tu. Kalo nak cuba, boleh la try tulis.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Cari Duit, Ebook, Penulis Ebook, Strategi, Tips | 2 Comments »
Tuesday, September 4th, 2007 |
Ha..usahawan internet yang menjual produk digital akan terasa efeknya nanti. Saya penah mengalaminya tahu lepas. Dimana musim orang membeli ebook & produk digital akan berkurangan apabila musim bulan puasa & raya… Ni bagi mereka yang target pasaran Malaysia la..
Antara musim lain yang slow jualan ialah musim nak buka sekolah. Ketika itu, akan sales produk digital akan sedikit menurun. Namun, jika usahawan tersebut kreatif. Mereka boleh buat duit bila bila masa sekalipun.
Sebagai contoh, ketika musim buka sekolah.Usahawan boleh sediakan perkhidmatan membeli peralatan sekolah. Pakejkan dan jual kepada ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk membeli belah. Mereka pasti akan menyukainya. Mereka pilih saiz, bayar & usahawan boleh posnya ke rumah mereka yang beli. Takde lagi orang buat.Saya just bagi pandangan je. Kalo anda nak JV dengan penjual baju sekolah lagi elok.
Contoh lain pulak, musim perayaan. Anda tawarkan perkhidmatan membeli barangan keperluan perayaan melalui internet. Mereka tidak perlu susah payah berebut rebut untuk membeli belah dan menghabiskan minyak kereta demi mencari tempat parking kereta di pusat membeli belah. Takde lagi orang buat. JV la dengan peniaga terlibat.
Saya pulak, saya telah pun membeli stok² barangan untuk dijual ketika musim perayaan nanti. Pastinya mereka semua ingin bergaya ketika Aidilfitri nanti. Tapi apa yang saya nak jual ni bukan dalam internet la ye. Sebab saya akan buat konsep bayaran ansuran. Mereka yang beli boleh bayar ansuran sedikit demi sedikit. Inilah sikap kabanyakan orang, mereka tidak kisah untuk bayar skit demi skit jika ada peluang. Sebab itulah Court Mammoth berjaya di Malaysia. Mereka tawarkan produk yang dikehendaki orang tapi dibayar secara ansuran.
Setakat ini takde lagi usahawan internet malaysia yang mengunakan konsep bayaran ansuran ni. Rasanya mereka takut orang bayar sekerap jalan. Saifulsham pun pernah ingin buat konsep begini namun mereka takut orang akan unsubcribe selepas bayar sekali. Bayaran ansuran boleh dilakukan bagi mereka yang mempunyai kredit kad sahaja. Untuk bayaran dengan bank, saya tak berani untuk applikasikan konsep bayaran ansuran ni. Namun penjual produk digital boleh lakukan.
Contohnya anda menjual video dengan harga RM197, anda boleh lakukan konsep bayaran ansuran sebanyak RM50 setiap bulan. Mereka yang membeli tidak la terasa kesannya kerana ia hanya jumlah yang sedikit setiap bulan. Jika seketul RM197, mungkin ada yang merasa mereka nak guna duit jadi mereka membatalkan untuk beli produk tersebut.
Saya akan aplikasikannya nanti untuk produk saya yang akan datang. Sebelum berakhir tahun 2007, saya akan release produk baru dan saya akan gunakan konsep bayaran ansuran untuk mereka yang membeli dengan kad kredit. Ini adalah kerana saya ingin melatih masyarakat kita dalam ecommerce. Beli barang pun boleh bayar ansuran mengikut jumlah kemampuan mereka.
Salam Usahawan!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Strategi, Tips | 1 Comment »
Tuesday, August 28th, 2007 |
Bagi anda, minat atau pengetahuan lebih perlu diutamakan? Ada orang kata ada minat semua perkara boleh jadi. Betul ke? Bagi saya minat sahaja ia tidak membawa kepada apa apa makna. Anda minat berniaga di internet, anda boleh berniaga ke? Tak jugak.
Bagi saya pengetahuan perlu diutamakan. Seperti post sebelum ini tentang diri saya, saya pada asalnya langsung tidak meminati benda IT ni. Namun dengan pengetahuan, minat akan datang setelah anda telah biasa dengan apa yang anda buat. Kini saya mempunyai minat dan pengetahuan.
Dengan minat semata mata, ia akan hanya tinggal minat. Jika anda minat, dapatkan ilmu pengetahuan. Itu akan mengerakkan anda. Bukan minat semata mata. Namun, anda boleh bermula sebagai hobi/minat. Tapi ia memerlukan masa yang panjang kerana anda tidak mempunyai pengetahuan yang diperlukan.
Dapatkan ilmu pengetahuan. Ia akan membimbing anda ke arah jalan yang benar.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Keusahawanan, Motivasi, Panduan, Strategi | 6 Comments »
Monday, August 20th, 2007 |
Saya dapati teknik link back atau tag semakin medapat sambutan. Saya tak tahu siapakah yang memulakan tag mengetag.Tapi ia sebenarnya mampu membantu meningkatkan link dan traffic.Saya lihat makin banyak orang link kan ke blog ini.
Secara psikologi, manusia suka jika mereka dianggap terer atau dihargai. Contohnya saya pernah membuat post tentang 50 top blog yang mengunakan tag malaysia. Ia mendapat respon yang cukup memberangsangkan dari mereka yang tersenarai.
Dengan cara sebegini ia sebenarnya akan meningkatkan lagi populariti blog anda. Cara ini sebenarnya boleh menaikkan ranking anda di technorati dan mendapat link percuma dari mereka yang terlibat. Mereka yang berminat pasti akan klik link tersebut, dapat pulak trafik percuma.
Link Exchange sebenarnya juga adalah salah satu teknik link back, begitu jugak tag mengetag. Nak cuba?Cubalah.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Panduan, Strategi | 3 Comments »
Thursday, August 9th, 2007 |
TehHerba.com adalah salah satu site saya.Saya cuba menjual produk tradisional iaitu Teh herba. Sebenarnya saya ingin pelbagaikan produk di sana. Sales pun tak banyak sebulan. Saya hanya dapat jual dalam 10 bungkus je sebulan secara online. Site ni dah lama sebenarnya.Cuma saya tak war warkan.
Saya lebih kepada jual secara offline kerana ia lebih mendapat sambutan.Rasanya seperti Teh cina. Saya ada pelanggan tetap yang membeli teh ini. Kata mereka ia mujarab untuk sakit sendi. Orang muda takde beli teh ni.Yang beli biasanya adalah orang berumur dan berpenyakit. Saya sendiri mengamalkannya. Bukan apa, jaga dari muda la.
Ia tak mengunakan bahan pengawet.Ia adalah bunga yang dikeringkan. Anda boleh baca sendiri la kat laman web tersebut bagi khasiat teh herba ini. Testimonial tu dari pembekal saya. Saya belum masukkan testimoni pelanggan saya.
Teh Misau Kucing, Mas Cotek dah banyak di pasaran. Sebab tu saya jual benda yang belum ada di pasaran. Jadi saya tidak perlu bersaing dengan mereka.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Perniagaan, Strategi | 2 Comments »