Raja Adsense

Archive for the ‘Tips’ Category

Tips Menulis Iklan Adwords

Sunday, February 22nd, 2009 |

Saya tak pernah menulis tentang tips adwords sebelum ini. Jadi ini adalah kali pertama saya akan dedahkan satu tips dan strategi bagi mengurangkan CPC dan juga meningkatkan CTR bagi Google Adwords. Rasanya ramai yang masih belum berani untuk mengunakan Google Adwords untuk pemasaran produk mereka.

Buktinya masih tak banyak iklan yang mengunakan Google Adwords. Mungkin kurang pendedahan tentang kaedah pengiklanan yang hebat ini.

Tadi saya telah create satu kempen khas untuk menguji reverse psikologi bagi menarik minat orang untuk melawat laman web saya. Hasilnya dalam beberapa jam sahaja.

adwords

Hasilnya terhasil la 9 klik daripada 71 impression. CTR bagi iklan ini adalah 12.68% dengan kos hanya 14sen. Laman yang saya bina hanya untuk membina list. 5 orang telah subcribe. Saya tak masukkan conversion tracking. Jadi takde statistik conversion la. Bagi mendapatkan CTR melebihi 2% adalah sangat sukar. Anda boleh tanya mereka yang biasa dengan Adwords.Tapi saya lakukannya dengan agak mudah sebab kurangnya pesaing. :)

Iklan yang saya hasilkan pula mengunakan kaedah psikologi balikan kalo dalam bahasa melayu. Sebenar CPC atau cost per klik boleh jadi lebih murah jika CTR terus meningkat. Semua kaedah ini saya ada nyatakan dalam ebook Panduan Adwords. Cuma tak ramai yang gunakan kaedah ini.

Terdapat juga beberapa strategi yang saya gunakan bagi meningkatkan CTR bagi iklan  Adwords saya.  Bentuk iklan saya, anda boleh cari keyword “aplha lipid” di google. Ia berada top 3 bagi carian keyword tersebut. Apa yang menarik minat orang untuk klik iklan ialah ayat iklan yang digunakan agak kontroversi dan menimbulkan rasa ingin tahu bagi mereka yang mencari tentang produk alpha lipid iaitu satu produk kolustrum.

Anda boleh aplikasikan kaedah ini. Tetapi pastikan setting iklan anda mestilah betul. Setting iklan ini hanya akan didedahkan bagi pembeli ebook Panduan Adwords. Maaf ye. :) . Rahsia penting yang ramai pakar adwords tak nak dedahkan. Saya banyak gunakan strategi ini untuk kempen produk affiliate luar negara. It’s really works!

Anda boleh dapatkan Panduan Adwords di http://www.panduanadwords.com

Blog Atau Laman Web Biasa?

Thursday, February 5th, 2009 |

Di antara blog dan laman web biasa, yang manakah yang lebih bagus? Ehem…Para blogger pasti akan mengatakan blog la yang lebig bagus sebab boleh update content dengan mudah. Saya setuju bahawa blog lebih bagus selain memudahkan interaksi diantara pembaca dan penulis blog.

Berlainan dengan laman web biasa yang statik dan tiada unsur interaksi. Ia menyebabkan blog semakin digemari oleh kebanyakan orang. Kebolehan berinteraksi dengan pembaca membuatkan para blogger untuk sentiasa mengemaskini dan memasukkan artikel baru di blg mereka.

Jangan salah anggap bahawa blog hanya tentang politik sahaja. Blog politik hanya sebahagian kecil sahaja yang blog yang wujud pada dunia hari ini. Terdapat banyak jenis blog yang dihasilkan pada hari ini antaranya video blog,bisnes blog, personal blog, marketing blog dan sebagainya. Blog boleh digunakan sebagai tools bagi pelbagai perkara.

Bagaimana dengan laman web biasa? Tak bagus ke? Bagus juga sebenarnya. Namun kegunaan laman web biasa atau statik ini mempunyai tujuan lain seperti laman web jualan, opt in, maklumat dan sebagainya. Ia biasanya bukan bertujuan untuk berinteraksi diantara pemilik laman web dan pelawat. Jika laman web berkenaan bertujuan untuk menjual barang, jadi maklumat barang akan dipamerkan dan pelawat boleh menempahnya.

Jadi yang mana yang saya suka? Saya sukakan kedua duanya. Blog dan laman web statik ini mempunyai tujuan yang tersendiri sebagaimana genre yang ada pada blog. Jika anda ingin membina blog dot com anda sendiri, anda boleh dapatkan Panduan WordPress di

http://www.panduanbinablog.com

Jika anda ingin mempunyai blog dengan nama anda.Pastikan anda cepat mendapatkannya. Manalah tahu orang lain mendapatkannnya terlebih dahulu. Nama domain seperti Shamsuriyadi.com atau dengan nama seperti ali.com, abubakar.com pasti akan digunakan oleh orang jika anda tidak mendapatkannya dengan segera.

Jangan biarkan nama domain nama anda diambil orang. Bina blog dot com anda sendiri sekarang!

Apa Yang Boleh Dijual di Internet?

Tuesday, August 26th, 2008 |

Anda ada produk? Apa sahaja? Kereta? Insurans? Barang bundle? Semuanya boleh anda jual di internet! Boleh dikatakan selagi ia mempunyai permintaan. Selagi itulah anda boleh menjualnya. Beginilah perniagaan internet yang sebenarnya. Perniagaan internet bergantung kepada permintaan. Jangan jual jika ianya tiada permintaan.

Ia adalah sama seperti perniagaan konvensional. Anda perlu melakukan sedikit kajian tentang produk dan juga permintaan terhadap produk anda tersebut. Jangan syok sendiri. Ini adalah faktor kegagalan kebanyakan perniagaan internet yang sekarang ini. Kebanyakannnya syok sendiri dan menyangkakan ia mendapat sambutan yang mengalakkan di internet sedangkan ianya tidak mengalakkan pun.

Jadi sebelum memulakan perniagaan internet. Buat:

1.Kaji permintaan

2.Kaji target market anda – apa yang mereka mahukan

3.Kos – kos produk,kos penghantaran & kos lain

4.Undang Undang – adakah ianya produk bercukai bagi dihantar ke negara lain?Produk larangan negara berkenaan?

4 perkara ini anda perlu pastikan sebelum memulakan perniagaan. Jika anda mensasarkan hanya pasaran Malaysia, undang undang mungkin tiada masalah. Jangan pulak menjual barangan yang dilarang oleh undang undang ye. Jika tidak, anda akan terus masuk penjara terus.

Bagi penghantaran pula anda perlu pastikan curier yang berwibawa yang akan pastikan produk anda sampai kepada pembeli anda dalam masa yang ditetapkan. Pastikan mereka menguruskan produk anda dengan baik dan tidak merosakkan produk anda.

Pastikan kos yang yang berpatutan yang tidak akan merugikan anda. Anda tentukan samada kos penghantaran ditanggung oleh pihak anda atau pihak pembeli. Kebiasaannya kos penghantaran ditanggung pembeli. Anda boleh membuat kelainan dengan menawarkan kos penghantaran percuma & anda boleh masukkan dalam harga produk anda. Pastikan ianya berpatutan!

Selamat memulakan perniagaan internet anda. Saya gemarkan produk digital kerana ianya murah & menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Saya mungkin akan mengofflinekan produk digital nanti. Produk akan dimasukkan ke dalam CD dan produk akan diposkan ke rumah pembeli.

Sekarang dalam fasa percubaan.Saya test untuk megasales perkahwinan saya baru baru ini. Sebab itulah saya ada menawarkan 2 cara penghantaran produk iaitu download dan juga CD. Ada orang gemarkan dalam bentuk CD & ada yang mahu lebih cepat iaitu cara download. Dari situ, kita dapat mengenal tabiat pembeli anda!

Selamat Berjaya!

Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya

Wednesday, June 25th, 2008 |

Percaya atau tidak, tiada jalan pintas untuk berjaya dalam perniagaan internet. Saya mengambil masa selama hampir 2 tahun untuk mengalami dan mengkaji sendiri bagaimana perniagaan internet dijalankan. Malah saya pun pernah tertipu! Ya. Itulah adalah fakta. Saya pernah tertipu dengan segala macam perkara yang dikatakan “buat duit di internet”.

Tapi saya mengangap ia adalah satu learning process untuk saya lebih maju dan memahami konsep perniagaan internet yang sebenar. Dan tidak semua perniagaan internet yang saya lakukan berjaya. Jadi saya dapat memahami permintaan dan kemahuan market perniagaan tersebut.

Untuk mendapat pengalaman berkenaan, ianya tiada jalan pintas. Jika kita buat silap, perbaikinya. Jangan diulang lagi. Jika kita terbeli ebook yang hampeh, selepas ini kaji dulu sebelum membeli. Tetapi jangan jadikannya ia halangan untuk anda menambah ilmu.

Sesetengah orang mudah putus asa dengan membeli atau membaca satu ebook! Saya dah membaca ratusan ebook sejak 2004. Setelah 4 tahun, saya sudah memahami banyak perkara. Satu ebook sebenarnya tidak mencukupi kerana ilmu dalam perniagaan internet sangat besar. Anda tidak mungkin akan berjaya dengan hanya membaca satu buku.Setiap pakar dalam sesuatu bidang membaca sekurang kurangnya 100 buku dalam bidang mereka ceburi. Jika tidak cukup 100 buku, anda masih belum pakar. Saya sendiri belum mencapai 100 buku berkenaan. Tetapi dah 70 lebih kot buku tentang perniagaan dan motivasi. Sekali lagi, jika anda membaca sekali sahaja buku berkenaan, anda tidak akan mendapat extract semua ilmu yang ada dalam buku berkenaan. Kita masih perlu membacanya beberapa kali untuk memahami sepenuhnya kandungan buku tersebut. Itupun pasti ada yang tertinggal.

Ingat tiada jalan pintas untuk berjaya! Anda tetap perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat anda.

Tips Membeli Ebook:

Nasihat saya sebelum membeli ebook, pastikan penulis berkenaan berani menunjukkan wajah mereka dan nombor untuk dihubungi. Jangan beli jika mereka tidak berani untuk menunjukkan wajah mereka. Kemungkinan untuk penulis yang menyembunyikan wajah mereka berniat untuk menipu atau mengambil kesempatan diatas kealpaan andayang kekurang ilmu.

Pastikan juga terdapat nombor telefon untuk anda hubungi. Ini akan memudahkan anda untuk bertanya dan menunjukkan anda sedang berurusan dengan usahawan yang sebenar dan bukan penyamar. Anda boleh cuba untuk sms atau kol nombor berkenaan.

Ingat tiada jalan pintas. Anda perlu belajar dari kesilapan yang anda buat. Ini akan membuatkan anda menjadi usahawan yang pasti akan berjaya.

Teruskan membaca buku dan ebook. Ia akan menambahkan ilmu anda yang sedia ada.

Tip Adwords: Pengunaan Redirect

Sunday, March 23rd, 2008 |

Ia adalah berkaitan dengan post sebelum ni yang saya ada nyatakan tentang polisi baru yang bakal Google aplikasikan pada program Google Adwords. Ia berkaitan dengan destination dan display url pada iklan.Bermula April ini, polisi ini akan digunakan.

Anda boleh lihat Guideline di sini.

Penggunaan redirect untuk tracking boleh digunakan. Ini adalah contoh yang google berikan:

Yang Dibenarkan,

  • Display URL: www.google.com/adwords
  • Destination URL: www.trackingurl.com/google123
  • Landing page URL: www.google.com

Tak Dibenarkan,

  • Display URL: www.google.com/adwords
  • Destination URL: www.trackingurl.com/google123
  • Landing page URL: www.trackingurl.com

Faham tak tu? Maknanya apa yang display mestilah sama dengan landing page yang kita buat. Untuk tracking,kita masih boleh gunakan url lain sebagai destination url. Kalo tak paham landing page, ia bermaksud url terakhir selepas anda klik url tersebut.

Sebagai contoh, saya saya iklankan PanduanIklan.com/Adwords sebagai display url(url yang nampak pada iklan). Saya boleh gunakan trackin software pada laman trackingaku.com/iklan (contoh je) untuk destination url. Lepas ke url tu, ia diredirect pula ke landing page (laman/url terakhir) iaitu PanduanIklan.com.

Rasa mcm berbelit pulak penerangan tu. Tak paham tanya la ye. Ilmu percuma untuk anda ni.

Nak lebih, dapatkan Panduan Adwords di http://www.panduanadwords.com

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :