Raja Adsense

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Jualan Murah Sempena Perkahwinan

Friday, July 25th, 2008 |

Hanya seminggu lagi  saya akan bergelar seorang suami. Berdebar debar la pulak bila difikirkan perkara ni. Sempena majlis yang bakal menjelang. Saya telah mengambil keputusan untuk membuat satu jualan murah selama 1 minggu. Ia adalah kerja kerja terakhir sebelum saya bercuti daripada online.

Saya mungkin akan bertapa selama 1 minggu kot. :P

Sebelum berlangsungnya majlis, saya akan deliver sebarang tempahan daripada anda. Anda boleh layari

http://www.shamsuriyadi.com/special/

Dan anda boleh lihat wajah bakal isteri saya buat pertama kali. Gambar tersebut ketika kami bertunang pada tahun lepas. Doakan kebahagian kami ye.

Proton Sport Car Pulak

Tuesday, November 13th, 2007 |

Hohoho..Rasanya ramai yang jeles kalo tahu proton sebenarnya hebat gak. Cuma entah kenapa diorang tak tunjukkan. Gambar ni adalah dari tahun 2005 dimana kereta direka khas untuk Pak Lah iaitu Perdana Menteri ke 5. Sebab tu plat dia PM 5.Memang cun. Ia ala Lotus Elise skit. Rasanya diorang guna teknologi Lotus kot. Ia dihadiahkan kepada Pak Lah bila rasmi kilang Proton Tanjung Malim.

Peminat kereta sport pasti teruja. Saya pun.Bila kali pertama tengok, fuh dashyat gak proton ni ek. Tabik Spring la kat diorang. Walaupun ia special edition punye khas untuk PM je. Kalo komersilkan, orang tak pandang kat Ferari dah. Inilah hasil anak tempatan.

pm5

proton sport

proton sport 1

proton sport 2

proton sport 3

Ia adalah lebih kepada kereta konsep je. Tak tau la leh jalan ke tak. Sebab kereta konsep biasanya guna untuk display je. Saya sangat suka design dia. Kalo tak dapat ferari pun , dapat mcam tu pun dah cukup.  Just sharing.

Sokong la kereta nasional. Iklan skit. Cayalah Proton.

p/s:Kalo proton betul betul keluarkan kereta macam tu, saya pun nak dapatkan satu tapi tunggu jadi jutawan dulu la.:p .

Eh..Proton Saga Baru ke ni

Monday, November 12th, 2007 |

Bila surf punya surf kat tenet. Terjumpa la gambar ni. Kalo betul tu design saga baru, fuh mesti ramai yang tempah. Design dia lain dari model sebelum ni. Ia nampak “besar” skit.

proton saga

saga

Amacam?

Tak tau la ia adalah super impose je. Tapi saya agak suka dengan design dia.

Testimoni Raja Adsense Diperlukan

Wednesday, August 15th, 2007 |

Apa khabar?

Saya ada pengumuman kepada pelanggan Raja Adsense. Saya perlukan testimoni dari anda semua untuk dimasukkan ke sales letter terbaru Raja Adsense. Anda hanya perlu berikan kepada saya:

  1. Testimoni anda tentang Raja Adsense
  2. Nama
  3. Tempat/Negeri
  4. Url blog anda
  5. Gambar (jika ada)

Saya tidak pernah mereka reka testimoni di sales letter saya. Ia adalah testimoni benar dari pelanggan saya. Jika anda seorang pelanggan Raja Adsense dan ingin berikan testimoni. Saya sangat menghargainya.

Anda boleh emailkan testimoni dan info berkenaan ke support @rajaadsense.com.

Saya perlukan sebanyak mungkin dalam masa beberapa hari ini. Jadi cepat² hantar kepada saya. Kenapa saya tak offer/minta daripada kepada IM yang dah ada nama? Sebab mereka dah tahu pasal Adsense.

Jadi ini akan membantu anda mendapatkan link daripada site Raja Adsense. Trafik percuma untuk anda.

Salam Usahawan dari saya

Sham

Alamak site Kene Hacked

Wednesday, May 30th, 2007 |

huhuhu…salah satu site saya kene hack. Geramnye….Ni tengah remove semua content sebab tak tahu kat mana dia deface. Kene belajar balik nak defend laman web ni…Celaka la ko Jamaica…

hacked

Habis keje aku buat selama 1 thn kat site tu.Dah la tak back up..nila terjadi bila dah banyak sangat laman web. Nak back up pun tak sempat. Baru je renew site tu. Dah kene hack…Tak pela.sebenarnya tu site experiment. Tempat experiment saya dengan script yang saya dapat. Takpela.

Saya suruh Hosting create balik site tu…Lantak la semua content dalam tu. Kene buka buku balik ni.Ada lagi hole yang tak perasan la ni.Rasanya dah tutup semua ruang dah.Aku tak jumpa kat mana kod dia deface. Malas nak cari dalam beribu ribu fail. Macam cari jarum dalam jerami la..Senang suruh hosting create balik site tu & masuk content baru..Abis cerita..Malas nak peningkan kepala.

Yang penting site baru masuk nanti,tak kene hack lagi.Dia mcm nak bagi amaran kat saya rasanya…Takpe². Nak tengok ko leh hack ke tak lagi nanti.

p/s:Saya degree IT major dalam Computer Network.

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :